Sahabat

Friday, July 8, 2011

...Sudah berkali-kali?


 Assalamuailaikum wbt...

Kisah hari ini seperti kisah beberapa tahun yang lepas dan persoalannya? Sudah berkali-kali situasi ini berlaku. Apakah aku bodoh atau terlalu mengikut rentak duniawi sehingga mudah ditipu sebegitu? Manusia kadang-kala kejam. Kenapa perlu bermuka-muka? Mengaku tidak mahukan perkara sebegitu berlaku, sebaliknya, diri seseorang menjadi mangsa atas nama cinta. Ish Ish Ish... Kajian ini sudah masuk kali yang ke-4 dan kamu insan yang keempat. Astafirullahal azim....kealpaan pada yang Esa, takbur pada cinta dan kemampuan menjadikan insan itu lemah. Ish---Ish---Ish--- Kerja gila! Nak meluah sebenarnya, kalau tidak, nanti kita pun jadi sama. Bunyi macam kelakarkan? Tapi kan, bila difikirkan bagus juga bermonolog. Kurang sikit tekanan. Apalah nak jadi dengan manusia sekarang.


PERISTIWA 1
Ada Hamba Allah ni, kasih dan setianya dia pada seseorang tidak diendahkan. Siang malam mendoakan kesejahteraan dan berdoa semoga dipermudahkan urusan serta dipanjangkan jodoh dengannya. Namun, si dia tidak menghargai, malah beralih-arah memilih orang lain..Ish---Ish---Ish, 'kesian' bak kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Kesian si Adam, menagih cinta, tatpi tidak pernah dihargai. Tiada rezeki kata teman-temannya. Ada lagi ke Sang Adam setia macam dia zaman sekarang? Kesian kan! Si Adam sayang sangat kat dia tau! Backup kejap...hehe. Iklan ^_^

PERISTIWA 2
Seorang Hamba Allah yang ingin menagih kasih kerana hampa. Insan yang sentiasa prihatin dan mengambil berat. Dia banyak belajar daripada insan ini, tapi malangnya......tiba-tiba senyap. Tup Tap Tup Tap...Tiada balasan khabar dan berita. Hamba ini pun berasa aneh dan janggal, akhirnya muncullah jawapan yang menyatakan bahawa "Kita harus berpisah, Ada sebab tertentu mengapa saya mengambil keputusan ini..." Hatinya bagai ditikam kali kedua....parah juga lukanya...namun itu takdir-Nya.

PERISTIWA 3 
Bumi itu bulat. Hidup juga seperti roda, kisah ini tiada siapa yang menyangka. Rupanya sudah ada kasih yang terpaut sejak permainan "Doctor dan Nurse"...@lias Doktor Hati. Noktah. Em,akhirnya si Hawa mengakui dan terciptalah kenangan 3 minggu itu. 3 minggu? Perkenalan dah lama. Permainan bermula hamir 2 bulan. kenangan cuma 3 minggu, si dia juga berubah aneh sekali. sama seperti peristiwa ke-2. Namun, hati ini boleh meneka, sudah ada jurang dan akhirnya si dia mengakui bahawa dia sudah di tunangkan dengan orang lain oleh keluarga. Kisah itu menikamnya dan memberi kesan hebat dalam hati. Sungguh kesian bukan?

PERISTIWA 4 
Hati mana yang dapat menduga. Minat pada seseorang menjadi semangat kehidupan. Sudah lama dia berminat, namun x pernah di duga kisah ini. Insan itu diminatinya sejak memulakan hidup baru sebagai pelajar. Tapi cuma minat kerana tertarik dengan penampilan dan gaya. Banyak desas-desus cerita yang didengar daripada sahabat lama. Tetapi dia x endah kerana itu masa silam. Si Adam memasang angan-angan, agak-agaknya boleh ke? Angan-angan menjadi realiti, teruja dan gembira bertaut di hati. Namun, setelah beberapa purnam berlalu, si dia tidak pernah menghubunginya lagi setelah si dia tamat pengajian. Beberpa purnama si Adam melihat telefon bimbitnya, namun dia tidak jemu menghantar ucapan 'Selamat pagi' 'Selamat malam' 'Jaga diri' 'Jaga Kesihatan' , namun semua usahanya sia-sia dan kasih itu hanya hanyut bersama angin. senyap tanpa berita. Tikaman hati tiada siapa yang tahu.

PERISTIWA 5
Eeh.....ada ke? Ingatkan empat je. Kisah bermula dengan kenangan di laman sosial fb. Tidak pernah ketemu, namun hanya sekadar melihat gambar dan dan gambaran itu membuahkan ikatan hati. Terpaut dan terasa seolah-olah ada sesuatu di hati. Kisah ini bermula ketika si Adam belajar di luar negara. sahabat oh sahabat...boleh pula ada kisah macamni. Tapi menarik jugak dia bagitahu cerita ini. Setibanya di Malaysia dia terus menhubungi si gadis, dan melamar hati si gadis. Dia diterima. Seperti berbunga-bunga dalam hati. Penuh dengan taman bunga itu, kuntuman bunga yang mekar dan cantik. Hubungan semakin intim dan sudah hampir 7 purnama berkenalan. Masuk purnama ke-7, kisah ngeri tiba-tiba menghantui. Senyap dan senyap, namun si Adam tetap setia, tidak pernah dia sedikit pun dia lupa pada cinta dan tanggungjawabnya sebagai seorang 'Teman Istimewa'. Dia mulai mengkaji dan menyiasat apa yang berlaku. Laman sosial facebook teman setia penghubung si Adam & Hawa. Tiba-tiba????????????? 'Cantik gambar ayg.' ' Ayg ok, napa tu?' 'ada masalah bagitahulah abg ayg k.' Seperti gugur jantung si Adam melihatnya...di tahan dan di tahan perasaan itu. Akhirnya meletup saat si Mambamg jejaka itu melontarkan ayat kasih pada si Hawa idamannya, tercetus pergaduhan di laman itu....' dan tiba-tiba si Hawa yang sudah lama senyap itu menghantas sms. berbunyi " Janganlah bergaduh dalam fb tu, kalau abg hormat ....tolonglah." Si Jejaka terkilan dan tercengang....... Ya Allah, seperti tamparan hebat mengena di muka dan hati. Inikah hukuman setelah sekian lama dirinya begitu setia...seperti kehilangan nyawa ..........................

Sudah berkali-kali? Inilah duniawi. rencananya cukup indah tetapi jika insan x menghargai, itulah kekejaman hati. Adam atau Hawa yang bersalah? Semuanya manusia yang merncanakan dan Tuhan uang menentukannya. Hanya doa sebagai bekanalan bukan? Sabar lah kunci segala kejayaan dunia dan akhirat. Menyesal tidak bertali dan luka seperti ditikam di hati tiada siapa yang ketahui. Kisah-kisah itu menjadi iktibar pada kita dan yang mengagumkan saya, semua kisah cinta ini berakhir pada purnama ke-7. Sungguh menyedihkan. Apakah purnama ke-7 hadapan punya seri? WaAllahualam...Allah Maha Berkuasa.

Tuesday, February 8, 2011

Kisah Sang Pertemuan Vs Sang Perpisahan


Ini kisah Sang Pertemuan Vs  Sang Perpisahan....

Hari ini sentiasa dan semalam sentiasa ada "Sang Pertemuan" dan "Sang Perpisahan". Bak kata-kata pujangga, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Bagaiman untuk digambarkan perasaan dan situasi itu? Tuan-tuan dan Puan-puan, saudara-saudari tentu sentiasa rindu dengan setiap pertemuan yang berlaku, adakah benar jangkaan saya? Waimah sekalipun, setiap manusia pasti melalui detik dan tika itu. Cuma takdir Tuhan yang menentukannya wahai sahabat sekalian.

Bingkisan hidup insan yang mana tidak manis dan tidak pahit?

Sedangkan baginda junjungan Rasulullah SAW juga melalui pelbagai bingkisan pahit dan manis dalam kehidupan baginda. Ketika bermusafir dan menyebarkan wahyu, dilempar dengan batu, dipukul dan hampir dibunuh, manakala saat manis yang baginda alami tika para sahabat menerima Islam dan berputik cinta dan bertemu jodoh dengan Siti Khadijah ra, Siti Aisyah dan juga sebagainya. Justeru, apa yang ingin diperkatakan ialah setiap manusia mengalami bingkisan warna-warni dalam kehidupan masing-masing. Tidak kira dimana kita berpijak di bumi Nyata.


Sang Pertemuan

Sungguh indah tika melalui detik ini bukan saudara-saudari. Kadang termenung sendirian memikirkan betapa manisnya hidup ini. huhu...sungguh tak disangka, tapi itulah hakikatnya insan. Justeru, hargai setiap detik peristiwa yang berlaku dalam hidup. Kita mungkin bukan orang yang hebat ataupun memiliki harta, namun permata Sang Pertemuan sungguh bermakna. Kelak anda akan sedar bahawa selama ini, pertemuanlah yang mematangkan diri dan pemikiran kita para sahabatku sekalian.

Sang Perpisahan

Anda masih terkenang Sang "Hitam" ini? Anda sudah lupakannya? Percaya atau tidak Sang Perpisahan itu mengajar diri saudara-saudari erti kehidupan. Jika Sang Perpisahan itu tiada, maka bukanlah kehidupan sebenar yang dialami, bahkan hanya bayangan diri semata-mata. Ingat bahawa Sang Perpisahan itu bukan pemusnah hidup diri kita, malah Tuhan sentiasa menguji hamba-Nya dengan Sang Perpisahan.

Konklusi

Sang Pertemuan Vs Sang Pepisahan? Rasionalnya = KEHIDUPAN.
Kita hidup dalam dunia yang fana, duniawi dan bersifat sementara. Berputarnya putaran hidup kita selama ini. Kadang kita leka kan, tapi itulah, bila kita sentiasa merenungkan setiap pertemuan yang berlalu dalam hidup dan setiap perpisahan yang kita alami, Ya Rabb, sungguh manis hidup ini kan.............. Kadang kita inginkan kehidupan kita tidak wujud Sang Perpisahan, namun inilah kehidupan. Yang bermula pasti akan berakhir dan bernyawa pasti akan pergi, seperti:

         Firman Allah SWT,  "Setiap benda yang bernyawa, Pasti akan mati"

Friday, January 21, 2011

...........Persona Alam



Bismillahirrahmannirrahim......

Sungguh indah alam ini kan.....

Sungguh besar kurniaan Ilahi pada hambanya. Kadang bila kita renung awan sendirian sambil menghayati alam, terasa sungguh nyaman. Dalam bingkisan ni, zaini nak ajak pembaca untuk melihat kembali setiap kenangan dan hari yang berlalu. Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur kan atas rahmat-Nya. Bila kita ingat kembali masa-masa yang berlalu dalam hidup, semuanya sungguh bermakna. Perjalanan hidup ini penuh berliku. Ada gembira, suka, duka, pahit dan kecewa semuanya ada.

Wah!!! terasa bestkan sahabatku.

Kadang, bila kita teringat senda-gurau sahabat kita, teman-teman tersayang dan pahit-manis yang berlaku sungguh bermakna kehidupan ini terasa.


--------------------------------------------------------------

Zaman Persekolahan
Zaman Percintaan
Zaman Perhubungan
Zaman Pengalaman
Zaman Pertemuan...

--------------------------------------------------------------


Apapun, hargai setiap kenangan dan hari yang berlalu tak kira dimanapun jua >_<
Kalau kita pandai menghayati masa, sungguh best sahabat-sahabat...


Lagi 1, Bersyukur atas nikmat-Nya ya........Alhamdulillah.

Bicara Sang Kosmik

-Siapa Akan Mendengar?-

Terdengar laungan angkasa,

Meminta belas dan pertolongan,

Yang sakit seperti derita panjang,

Tidak reda dengan jeritan peritnya.


Masih terdengar bicara Sang Kosmik,

Menyebut soal kejayaan,

Yang akhirnya membinasakan

Seluruh isi alam


Adakah bicara manusia suatu kemegahan

Sehingga terlupa kebinasaan?

Siapa lagi akan merenungkan?

Andai alpa pada keindahan pemodenan.


Bicara apa lagi menjadi bukti kehidupan,

Andai sudah hilang pertimbangan,

Gagal ketamadunan,

Yang diraih cuma kebanggaan,

Alam menangis seperti hujan,

Dan akhirnya mati atas kelalaian.



RUZAINI AWANG,

Mingguan Malaysia

19 Jun 2011

Simfoni Bahasa

Laungan Ramadhan Kareem…

Terdengar angin menderu

Menyampaikan berita rindu

Saat Ramadhan kareem dilaung bertalu-talu

Gembira seisi alam mendengar laungan itu

Ramadhan menjadi tetamu bagi seluruh umat


Sampai saat pintu firdausi dibukakan sekali lagi

Umat menanti dengan sabar

Diuji minda dan seluruh pancaindera

Untuk berperang dengan nafsu tercaci

Yang menghujani hati dan jiwa hakiki

Kelak bersih segala isi hati


Doa dimakbulkan

Amalan berlipat kali ganda

Dosa dibasuh dengannya

Seluruh jiwa terasa kecil dan

dekat pada Dia Yang Maha Kuasa

Lidah yang ibarat pedang dijaga

Mata yang berkuasa dijaga

Rongga dan tingkah laku dipelihara

Bukannya penjara

tetapi ada hikmah di sebaliknya

Pembersihan hati dan seluruh jiwa

Demi Tuhan Maha Pencipta.


Laungan Ramadhan Kareem menjelma

Moga tika ini kita menghargainya

Agar tidak dibiarkan pergi tanpa berita

Dengan tinta kosong serta dosa

Agungnya laungan itu tidak terkata

Seperti di Jalan Mustaqim Pintu Syurga.


RUZAINI AWANG

Serdang, Selangor.

Sang Teddy

Sang Teddy
Teddy Bear…katakan?

Ini cerita Teddy Bear.

Berjalan seorang diri si gadis kecil dikeheningan malam. Berjalan dan bertanya, apakah yang paling indah di dalam dunia ini. “Wahai malam, aku keseorangan, apakah yang paling indah perlu aku nikmati dalam kehidupan ini? bagiku…kaulah yang menemaniku wahai malam, bintang-bintang inilah saksinya dan Sang Bulan, engkaulah yang menerangiku” bertanya dan bertanya si gadis kecil ini sambil melihat keindahan malam yang penuh dengan bintang dan bulan terang…

Kedengaran rentak muzik yang merencanakan suasana malam, tidak pernah sunyi kawasan kotaraya ini. Pesta muda-mudi bagai raja malam hari, yang kedengaran cuma kegembiraan, gelak tawa dan irama yang mengasyikkan serta penuh dengan khayalan……

Entah sudah berapa lama si gadis kecil ini berjalan. Berjalan dan terus berjalan. Kelihatan sebuah kerusi panjang tempat beristirahat orang awam. Tanpa melihat keadaan sekeliling, gadis kecil itu terus berlari ke arahnya.”Wah,bestnya dapat duduk” jelas gadis kecil itu dan terus melihat bintang malam. “eeeh..apa ni? wah, Teddy bear..alah comotnya dia..takpe..takpe..meh sini ye, awak jadi kawan saya..” Teddy tidak bersuara, hanya terus kaku dengan keadaan yang mengharukan bagi si gadis comel itu.

Pada malam itu terciptalah kenangan antara mereka. Sejak itu juga wujudlah pengikat dua hubungan mesra dan teddy menjadi teman bicara. Entah apa yang ingin dibicarakan, bagi si gadis comel ini..teddy lah yang akan membuka cerita. “Teddy awak dah makan? Dah mandi? Emmm…bucuklah awak ni! Tapi takpe kita main sama-sama ye. Kat rumah saya takde kawan, bising sangat, saya tak suka tinggal di rumah.” Teddy, saya sunyi. Saya tak ada teman bermain. Sekarang awak jadi ibu dan bapa saya..” sambil tersenyum si gadis kecil ini memandangnya. Jom kita main sama-sama” wajah ceria si gadis kecil ini jelas menggambarkan keghairahannya untuk bermain sejak sekian lama tidak merasai. Di rumah dia seperti berada di penjara dan hanya menunggu jeritan serta kekasaran yang menimpa ke atas tubuhnya. Tidak diendahkan oleh sesiapa. Pada siapa harus dia merayu, kerjaya adalah raja bagi insan kota dan harta sebagai penyambung nyawa di persada metropolitan ini. Adakah nilaian kasih sayang itu tidak sebanding dengan kerjaya dan harta semata? Apakan daya si gadis comel ini, yang sekadar memerhati gelagat insan di persada metropolitan ciptaan manusia.

“Teddy… kak Lili garang, dia selalu cubit Mimi. Mimi takutlah Teddy. Mimi tak nak balik rumah. Nanti dia marah! Papa dan Mama sibuk, Mimi rindu Papa dengan Mama.” Teddy hanya bisu di hadapan nya, namun bagi si gadis kecil ini dialah teman sejati. Dialah yang menjadi kegembiraannya. Bukan papa, bukan mama dan bukan juga kak Lili yang pernah diharapkannya.

Kenapa kak Lili berubah, si gadis comel ini juga tidak faham. Dulu kak Lili seperti Teddy, sentiasa bersama dan mendengar segala celotehnya. Ketawa, gembira dan jalan bersama-sama ke taman. Tiba-tiba cuaca berubah, sedangkan pagi cerah sekali dan siapa sangka tiba-tiba hujan di tengah hari dan kak Lili berubah hati nurani. Semuanya berubah, geram, tangis, dan masam cuka terpapar di wajahnya dan jeritan mengisi ruang legar rumah yang indah permai ini.

Kaki ini sudah letih berjalan namun tidak tahu arah tuju.

Bersambung...


LAMAN KREATIF di Penakakarya.blogspot

LAMAN KREATIF di Penakakarya.blogspot

Generasi Cemerlang As-Habul Kahfi

Masih segar dalam ingatan. Masih rapat ukhuwah sesama muslim selagi kita berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah. Maka generasi muda harus menilai permata dalam kehidupan sebagai jalan yang diredhai Allah S.W.T.

Menilai semula diri kita dan menilai amalan kita, masih belum terlewat seandainya kita masih mahu menilai apa jua jenis khilaf. Pemuda pemudi harapan bangsa dan negara, ingatlah bahawa cemerlang seseorang manusia itu bukannya hanya sekadar di dunia, tetapi cemerlang yang dinilai oleh Allah S.W.T itu meliputi dunia wal akhirat.

Salah seorang contoh pemuda Islam yang cemerlang iaitu Nabi Ismail a.s, jelas menunjukkan betapa pengorbanannya itu terhadap seruan Allah S.W.T melalui Wahyu yang terbit melalui mimpi ayahandanya Nabi Ibrahim a.s wajar dijadikan contoh tauladan. Bila kita melihat generasi muda khususnya, kini berapa ramai yang sanggup menyahut seruan Allah S.W.T. Wa Allahualam...sama-sama kita renungkan...

Sedetik Bersama Seabad Terasa

Syukuri Nikmat-Nya Walau Sesaat

Simfoni : Pemuda Harapan Islam

Pemuda Harapan Islam


Al-Quran banyak mengisahkan perjuangan para Nabi dan Rasul a.s yang kesemuanya adalah orang-orang terpilih daripada kalangan pemuda yang berusia sekitar empat puluhan. Bahkan ada di antara mereka yang telah diberi kemampuan untuk berdebat dan berdialog sebelum umurnya genap 18 tahun.

Berkata Ibnu Abbas r.a :

"Tak ada seorang nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia dipilih di kalangan pemuda sahaja (yakni 30-40 tahun). Begitu pula tidak seorang ‘Alim pun yang diberi ilmu, melainkan ia (hanya) dari kalangan pemuda". Kemudian Ibnu Abbas membaca firman Allah swt: "Mereka berkata: Kami dengan ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim"
(Al Anbiyaa:60, Tafsir Ibnu Katsir III/183).

Tentang Nabi Ibrahim, Al-Quran lebih jauh menceritakan bahawa beliau telah berdebat dengan kaumnya, menentang peribadatan mereka kepada patung-patung. Saat itu beliau belum dewasa. Sebagaimana firman-Nya:

"Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Ibrahim kepandaian sejak dahulu (sebelum mencapai remajanya) dan Kami lenal kemahirannya. Ketika dia berkata:’Sungguh kalian dan bapa-bapa kalian dalam kesesatan yang nyata’. Mereka menjawab:’ Apakah engkau membawa kebenaran kepada kami, ataukah engkau seorang yang bermain-main sahaja? Dia berkata: Tidak! Tuhan kamu adalah yang memiliki langit dan bumi yang diciptakan oleh-Nya; dan aku termasuk orang-orang yang dapat memberikan bukti atas yang demikian itu".
Al Anbiyaa:51-56]

Perlu ditekankan bahawa para Nabi a.s itu hanya diutus untuk mengubah keadaan, sehingga setiap Nabi yang diutus adalah orang-orang terpilih dan hanya daripada kalangan pemuda (syabab) sahaja. Bahkan kebanyakan daripada pengikut mereka daripada kalangan pemuda juga (meskipun begitu ada juga pengikut mereka itu terdiri daripada mereka yang sudah tua dan juga yang masih kanak-kanak. "Ashabul Kahfi", yang tergolong sebagai pengikut nabi Isa a.s adalah sekelompok adalah anak-anak muda yang usianya masih muda lagi yang mana mereka telah menolak untuk kembali keagama nenek moyang mereka yakni menyembah selain Allah. Disebabkan bilangan mereka yang sedikit (hanya tujuh orang), mereka telah bermuafakat untuk mengasingkan diri daripada masyarakat dan berlindung di dalam sebuah gua. Fakta ini diperkuatkan oleh Al-Quran di dalam surah (Al-Kahfi ayat 9-26), di antaranya:

"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat perlindungan (gua) lalu berdoa: ‘Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat depada kami dari sisi-Mu dan tolonglah kami dalam menempuh langkah yang tepat dalam urusan kami (ini) (10)…Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad saw) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka (Sang Pencipta) dan Kami beri mereka tambahan pimpinan (iman, taqwa, ketetapan hati dan sebagainya) (13).

bersambung...

Rasulullah berkata : Renungkan wahai insan

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "


Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"


Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"

walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup..