Sahabat

Sunday, March 21, 2010

GUNUNG SANTUBONG, SARAWAK

Tersebutlah kisah….

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang merupakan 2 puteri dari Kayangan. Ayahandanya raja Kayangan telah menurunkan titah agar kedua-dua puteri tersebut turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Namun sebelum mereka turun ke bumi, ayahandanya berpesan sekiranya terjadi pertelingkahan kedua-dua puteri maka mereka akan terkena sumpahan kayangan dan tinggallah mereka di bumi. Pada asalnya kedua-dua puteri tersebut merupakan sepupu. Ketika turunnya kedua-dua puteri ke bumi. Penduduk kampung kehairanan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri di dua buah kampung. Kejelitaan dan sifat kewanitaan terserlah diraut wajah kedua-dua puteri.

Puteri Santubong menetap di sebuah kampung Pantai Biru dan mengajar menenun kain manakala Puteri Sejinjang di kampung Pasir Kuning mengajar mengasing sekam padi dengan aluk. Dengan kemahiran ini kedua-dua kampung tersebut menjadi aman tanpa pertelingkahan. Selama ini pertelingkahan terjadi kerana sistem pertukaran barang antara kampung tidak setara dengan barangan yang dibawa.

Kemakmuran di kedua-dua kampung tidak berkekalan. Kehadiran Putera Serapi datang berkunjung untuk melihat kehebatan dan kejelitaan kedua-dua puteri. Mengetahui Putera Serapi hendak datang mengadap kedua-dua puteri berhias-hias untuk mengadap Putera Serapi. Kedua-dua Puteri berasa sangat kagum dan tertawan dengan kekacakan Putera Serapi, yang sasa dan terserlah kewibawaannya, begitu juga Putera Serapi yang sudah terpikat dengan kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri tersebut.

Saban hari selepas pertemuan itu. Puteri Santubong dan Sejinjang bertemu hendak menyatakan hasrat hati masing-masing. Namun hasrat yang dinyatakan adalah sama iaitu, kedua-duanya mencintai Putera Serapi. Sejak itu mereka bermusuhan dan bercemburuan antara satu sama lain. Dengan kesaktian kedua-dua puteri mereka bergaduh berhari-hari tanpa henti. Sejinjang mengatakan bahawa dia lebih cantik, manakala Santubong menyatakan dia lebih jelita. Dengan marahnya Sejinjang lalu mencapai aluk, lalu di hayun di pipi Puteri Santubong yang kini kita dapat lihat lengkuk di gunung. Hanya kekuatan terakhir Santubong lalu menikam belida di kepala Sejinjang. Akhirnya kedua-dua puteri tersungkur kesakitan. Kemudian kilat sambung menyambung serta guruh berdentuman, lalu cahaya terang dari langit mengangkat kedua-dua puteri. Sumpahan kayangan terus menjadikan Puteri Santubong menjadi gunung manakala Sejinjang menjadi Pulau Kera yang berteraburan. Putera Serapi pulang kesedihan terus menghilangkan diri di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Serapi.


GUNUNG SERAPI, SARAWAK



GUNUNG SEJINJANG, SARAWAK

Lokasi Gunung ini adalah bersebelahan dengan Gunung Santubong.


GUNUNG SEJINJANG, SARAWAK

Lagu : Puteri santubong

Oh......
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh......
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh......
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

Tuesday, March 16, 2010

DOA BUAT SAHABAT

ASSALAMUALAIKUM WBT

Buat sahabat seperjuangan, kutitipkan secoret kata tanda ingatan dan selembar kenangan yang tercipta. Begitu singkat perjalanan meniti impian, tidak inginku melihat pengakhirannya, namun, hakikat kehidupan seperti roda, seperti berputarnya bumi ini, seperti bergantinya tahun demi tahun, seperti bulan dengan bulan, hari demi hari dan detik serta debaran jantung. 

Sahabat seperti ruang yang mengisi pengalaman. Nasihat sentiasa diberikan. Perselisihan menambah ikatan. Citra kegembiraan dan kesedihan suatu perkongsian. Lakaran mana lagi yang bisa merubah takdir? Antara Intan dan persahabatan ada taranya? Bisikkan ke telingamu bahawa dialah suara ketika segala kehidupanmu berjalan. Mungkin berlainan sempadan, mungkin berlainan haluan dan ideologi. Mungkin berlainan Ras dan Agama. Mungkin berlainan kereta idaman dan pengharapan. Tetapi ikatan ukhuwwah itu menjadi jambatan kukuh sebuah persahabatan. Maka lahirlah puisi ini.

Saat seorang sahabat dilanda musibah iaitu seorang muslimah, teman seperjuangan sewaktu menunutut di sekolah menengah dilanda kesakitan dan kini masih menuntut di UPSI, musibah besar kerana kemalangan, hati ini seperti panahan kilat. Hati seperti jatuh ke tanah menggambarkan kesakitan yang dialami. ITULAH YANG DIKATAKAN UKHUWWAH. Hubungan sesama insan itu begitu utuh, apatah lagi apabila kita seagama. Lahirnya kata-kata puisi itu kerana dorongan hati dan keikhlasan, maka terbitlah Puisi "Doa Buat Sahabat" buat semua sahabat lama mahupun baharu saya kenal. Maafkan andai pernah melukai dan semoga ikatan kita terus kukuh, meski tahun ditelan zaman.  


Doa Buat Sahabat

Tatkala menitip jendela sahabat
Terkenang buku memori yang tersimpan di kamar hati
Tatkala suka dan duka diisi dengan seribu erti
Di medan ini menjadi saksi
Dan apabila senja mentari cemas beraksi
Berlenang air mata di sisi
Saat dugaan menikam di perdu hati.

Doa dikirim seribu buat sahabat,
Saat musibah datang tiada bertempat
Sayu kedengaran mendengar berita tenat
Sepantas kilat merona di dada teman
Dan diri bagai layu terjunam
Pasrah dalam musibah warkah takdirnya suratan.

Doa kukirim buat mu sahabat,
Siang dan malam ku menadah semoga selamat
Di dunia fana dan akhirat
Semoga tabah dalam dugaan
Di sisimu teman berkongsi kesakitan
Jangan berasa keseorangan
Dan percayalah kami di sisimu meneman
Meski jauh berlainan sempadan.


(MINGGUAN MALAYSIA, 14 Mac 2010, Ahad)


Kehidupan seperti satu pelayaran.
Lantaran seperti berada di atas sebuah kapal hayat
Belayar mengharungi segala pengalaman
gelombang suka duka 
pahit manisnya kenangan bersulam bersama
sehingga terasa begitu bermakna

Kehidupan seperti satu pelayaran
diringi satu peredaran
siang dan malam yang meneman
Pertemuan, Perpisahan
sudah ditentukan
dan ingatlah teman
seluruh kejadian
atas takdirnya Tuhan

Rakan Seperjuangan 
Suka & Duka
Ditempuhi bersama.


Seiring bagai 1 keluarga
Sehingga ke akhir hayat
Syukur pada-Mu Ya Rabb.





Monday, March 15, 2010

Pesona & Mimpi : 1 Persoalan



Menjawab Persoalan :

Assalamualaikum wbt...


Surah Yusuf, Ayat 111,ada menyatakan; 


"Sungguh,pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal. (Al-Quran) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat,tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya.menjelaskan segala sesuatu, dan (sebagai) petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."

Surah Yusuf, Ayat 104 :

"dan engkau tidak meminta imbalan apapun kepada mereka (terhadap seruanmu ini),sebab (seruan) itu adalah
pengajaran bagi seluruh alam."



* Cukup jelas para muslimin & muslimat yang dihormati :


* Maka berbalik kepada persoalan, apa yang telah dirakamkan oleh Allah SWT dan terjadi melalui kejadian Nabi adalah sebagai pengajaran bagi seluruh alam. Mimpi manusia (Hamba) semuanya berbeza, tapi tidak dapat diukur kesamaannya, maka itu disebut sebagai petunjuk & pengajaran meskipun mimpi seorang nabi yang diangkat oleh Allah SWT berbeza dengan Hamba-Nya yang lain.

Maka,
peringatan Allah SWT berbunyi sedemikan di dalam al-Quran;



Surah Yusuf, Ayat 105 :

"Dan berapa banyak tanda-tanda (kebesaran Allah) di langit dan di bumi yang mereka lalui, namun mereka berpaling darinya."



NAUZUBILLAH MIN ZALIK

WaAllahualam...


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Yang baik Itu datangnya dari Allah SWT, Yang kurang itu datangnya dari diri Ana.


Warkah dari penulis,


Salam.

Thursday, March 11, 2010

Itu Persona & Mimpi

 Itu Persona & Mimpi

Persona itu watak dalam cereka yang tercipta ataupun watak atau sifat seseorang seperti yang ditampilkan kepada orang lain atau seperti yang ditanggapi oleh orang lain. 
Mimpi itu sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur, ataupun angan-angan, serta bermimpi pula bermaksud 
melihat sesuatu dalam mimpi. bermimpikan pula beerti mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yang bukan-bukan atau yang amat sukar dicapai). 
Setiap insan pasti mengalami fenomena kehidupan ini. Kelaziman bagi manusia. Tetapi kabur mendefinisikan "Realiti & Fantasi". Cuba kau katakan padaku bahawa kau menggapai pemandangan itu. Terasa nyaman sebentar bukan? Itulah mimpi dan dirimu ialah PERSONA

Sesungguhnya kebenaran MIMPI itu benar dan ini disebutkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran di dalam Surah Yusuf pada ayat 4 dan ayat 5 serta ayat 43 sehingga ayat yang ke-49 :


4-(Ingatlah) ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, "Wahai ayahku! Sungguh aku (bermimpi) melihat sebelas
    bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."

5- Dia (ayahnya) berkata, "Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu,
    mereka akan membuat tipu daya (untuk membinasakan) mu. Sungguh Syaitan itu musuh yang jelas bagi
    manusia.

43-  Dan Raja berkata (kepada para pemuka kaumnya), "Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi
       betina yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus; tujuh tangkai (gandum) yang hijau
       dan (tujuh tangkai) lainnya yang kering. Wahai orang yang terkemuka! Terangkanlah kepadaku tentang
       takwil mimpiku itu jika kamu dapat menakwilkan mimpi.

44- Mereka menjawab,"(Itu) mimpi-mimpi yang kosong dan kami tidak mampu menakwilkan mimpi itu."

45- Dan berkatalah orang yang selamat di antara mereka berdua dan teringat (kepada Yusuf) setelah
       beberapa waktu lamanya, "Aku akan memberitahukan kepadamu tentang (orang yang pandai)
       menakwilkan mimpi itu, maka utuslah aku (kepadanya)."

46-"Yusuf, wahai orang yang sangat dipercayai! Terangkanlah kepada kami (takwil mimpi) tentang tujuh ekor
       sapi betinayang gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus; tujuh tangkai (gandum) yang hijau
       dan (tujuh tangkai) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka 
       mengetahui.

48- Kemudian setelah itu akan datang tujuh (tahun) yang sangat sulit, Yang menghabiskan apa yang kamu 
       simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari apa (bibit gandum) yang kamu simpan.

49- Setelah itu akan datang tahun, dimana manusia diberi hujan (dengan cukup) dan pada masa itu mereka 
       memeras anggur.



Justeru, mimpi itu benar wujud. Cuma "Persona & Mimpi" disebaliknya yang sukar ditakwilkan. Renungan ini kucoretkan, agar menjadi pedoman kepada semua insan sebagai penglahiran lafaz yang ingin dikongsikan. Melihat hikmah disebalik kejadian, menakrifkan bait kata antara Persona & Mimpi, Sejauh mana diri bisa menakwilkan apa yang dialami. Dengan adanya bukti di atas, sekurang-kurangnya sebagai seorang hamba, kita berasa redha dan bertambah kesyukuran ke atas Allah S.W.T. Syukur Ya Rabb...Hamba ini yakin dan pasti bahawa ada hikmah yang tersirat. Kusedar bahawa ku juga PERSONA di alam mimpi, begitu juga kamu...

Wednesday, March 10, 2010

Bisikan Insan

Bisikan Insan


Cantik dipandangan mata, indah seolah alam bernyanyi kepada manusia
Bagaimana harus kita mendengar bisikan fauna?
Sekadar dengan kata, pujangga, atau....
Perbuatan?

Bisikan insan seperti apa yang ditafsirkan?
Angin? Debu? 

  
Apa yang kau lihat?
Diam, kaku, meronta
Apa yang bisa kau lakukan...
( Kun Faya kun...)


Ada insan yang bisa menghentikannya?
Nauzubillah

Terdengar tangisan
terdengar rayuan
meniti kesedihan
Ingatlah pada amaran
kepada setiap bisikan insan


Adakah kita sedar akan petunjuk-Nya?
Di mana pemikiran sarjana?
Mata Hati mana lagi bisa kau lindungi
daripada melihat petunjuk-Nya?


Membaranya semangat manusia atas nafsu
Api mengalir tanpa malu
Insan terus melihat kaku
Tidak kau fikir dirimu?

Bicara Sang Kosmik

-Siapa Akan Mendengar?-

Terdengar laungan angkasa,

Meminta belas dan pertolongan,

Yang sakit seperti derita panjang,

Tidak reda dengan jeritan peritnya.


Masih terdengar bicara Sang Kosmik,

Menyebut soal kejayaan,

Yang akhirnya membinasakan

Seluruh isi alam


Adakah bicara manusia suatu kemegahan

Sehingga terlupa kebinasaan?

Siapa lagi akan merenungkan?

Andai alpa pada keindahan pemodenan.


Bicara apa lagi menjadi bukti kehidupan,

Andai sudah hilang pertimbangan,

Gagal ketamadunan,

Yang diraih cuma kebanggaan,

Alam menangis seperti hujan,

Dan akhirnya mati atas kelalaian.



RUZAINI AWANG,

Mingguan Malaysia

19 Jun 2011

Simfoni Bahasa

Laungan Ramadhan Kareem…

Terdengar angin menderu

Menyampaikan berita rindu

Saat Ramadhan kareem dilaung bertalu-talu

Gembira seisi alam mendengar laungan itu

Ramadhan menjadi tetamu bagi seluruh umat


Sampai saat pintu firdausi dibukakan sekali lagi

Umat menanti dengan sabar

Diuji minda dan seluruh pancaindera

Untuk berperang dengan nafsu tercaci

Yang menghujani hati dan jiwa hakiki

Kelak bersih segala isi hati


Doa dimakbulkan

Amalan berlipat kali ganda

Dosa dibasuh dengannya

Seluruh jiwa terasa kecil dan

dekat pada Dia Yang Maha Kuasa

Lidah yang ibarat pedang dijaga

Mata yang berkuasa dijaga

Rongga dan tingkah laku dipelihara

Bukannya penjara

tetapi ada hikmah di sebaliknya

Pembersihan hati dan seluruh jiwa

Demi Tuhan Maha Pencipta.


Laungan Ramadhan Kareem menjelma

Moga tika ini kita menghargainya

Agar tidak dibiarkan pergi tanpa berita

Dengan tinta kosong serta dosa

Agungnya laungan itu tidak terkata

Seperti di Jalan Mustaqim Pintu Syurga.


RUZAINI AWANG

Serdang, Selangor.

Sang Teddy

Sang Teddy
Teddy Bear…katakan?

Ini cerita Teddy Bear.

Berjalan seorang diri si gadis kecil dikeheningan malam. Berjalan dan bertanya, apakah yang paling indah di dalam dunia ini. “Wahai malam, aku keseorangan, apakah yang paling indah perlu aku nikmati dalam kehidupan ini? bagiku…kaulah yang menemaniku wahai malam, bintang-bintang inilah saksinya dan Sang Bulan, engkaulah yang menerangiku” bertanya dan bertanya si gadis kecil ini sambil melihat keindahan malam yang penuh dengan bintang dan bulan terang…

Kedengaran rentak muzik yang merencanakan suasana malam, tidak pernah sunyi kawasan kotaraya ini. Pesta muda-mudi bagai raja malam hari, yang kedengaran cuma kegembiraan, gelak tawa dan irama yang mengasyikkan serta penuh dengan khayalan……

Entah sudah berapa lama si gadis kecil ini berjalan. Berjalan dan terus berjalan. Kelihatan sebuah kerusi panjang tempat beristirahat orang awam. Tanpa melihat keadaan sekeliling, gadis kecil itu terus berlari ke arahnya.”Wah,bestnya dapat duduk” jelas gadis kecil itu dan terus melihat bintang malam. “eeeh..apa ni? wah, Teddy bear..alah comotnya dia..takpe..takpe..meh sini ye, awak jadi kawan saya..” Teddy tidak bersuara, hanya terus kaku dengan keadaan yang mengharukan bagi si gadis comel itu.

Pada malam itu terciptalah kenangan antara mereka. Sejak itu juga wujudlah pengikat dua hubungan mesra dan teddy menjadi teman bicara. Entah apa yang ingin dibicarakan, bagi si gadis comel ini..teddy lah yang akan membuka cerita. “Teddy awak dah makan? Dah mandi? Emmm…bucuklah awak ni! Tapi takpe kita main sama-sama ye. Kat rumah saya takde kawan, bising sangat, saya tak suka tinggal di rumah.” Teddy, saya sunyi. Saya tak ada teman bermain. Sekarang awak jadi ibu dan bapa saya..” sambil tersenyum si gadis kecil ini memandangnya. Jom kita main sama-sama” wajah ceria si gadis kecil ini jelas menggambarkan keghairahannya untuk bermain sejak sekian lama tidak merasai. Di rumah dia seperti berada di penjara dan hanya menunggu jeritan serta kekasaran yang menimpa ke atas tubuhnya. Tidak diendahkan oleh sesiapa. Pada siapa harus dia merayu, kerjaya adalah raja bagi insan kota dan harta sebagai penyambung nyawa di persada metropolitan ini. Adakah nilaian kasih sayang itu tidak sebanding dengan kerjaya dan harta semata? Apakan daya si gadis comel ini, yang sekadar memerhati gelagat insan di persada metropolitan ciptaan manusia.

“Teddy… kak Lili garang, dia selalu cubit Mimi. Mimi takutlah Teddy. Mimi tak nak balik rumah. Nanti dia marah! Papa dan Mama sibuk, Mimi rindu Papa dengan Mama.” Teddy hanya bisu di hadapan nya, namun bagi si gadis kecil ini dialah teman sejati. Dialah yang menjadi kegembiraannya. Bukan papa, bukan mama dan bukan juga kak Lili yang pernah diharapkannya.

Kenapa kak Lili berubah, si gadis comel ini juga tidak faham. Dulu kak Lili seperti Teddy, sentiasa bersama dan mendengar segala celotehnya. Ketawa, gembira dan jalan bersama-sama ke taman. Tiba-tiba cuaca berubah, sedangkan pagi cerah sekali dan siapa sangka tiba-tiba hujan di tengah hari dan kak Lili berubah hati nurani. Semuanya berubah, geram, tangis, dan masam cuka terpapar di wajahnya dan jeritan mengisi ruang legar rumah yang indah permai ini.

Kaki ini sudah letih berjalan namun tidak tahu arah tuju.

Bersambung...


LAMAN KREATIF di Penakakarya.blogspot

LAMAN KREATIF di Penakakarya.blogspot

Generasi Cemerlang As-Habul Kahfi

Masih segar dalam ingatan. Masih rapat ukhuwah sesama muslim selagi kita berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah. Maka generasi muda harus menilai permata dalam kehidupan sebagai jalan yang diredhai Allah S.W.T.

Menilai semula diri kita dan menilai amalan kita, masih belum terlewat seandainya kita masih mahu menilai apa jua jenis khilaf. Pemuda pemudi harapan bangsa dan negara, ingatlah bahawa cemerlang seseorang manusia itu bukannya hanya sekadar di dunia, tetapi cemerlang yang dinilai oleh Allah S.W.T itu meliputi dunia wal akhirat.

Salah seorang contoh pemuda Islam yang cemerlang iaitu Nabi Ismail a.s, jelas menunjukkan betapa pengorbanannya itu terhadap seruan Allah S.W.T melalui Wahyu yang terbit melalui mimpi ayahandanya Nabi Ibrahim a.s wajar dijadikan contoh tauladan. Bila kita melihat generasi muda khususnya, kini berapa ramai yang sanggup menyahut seruan Allah S.W.T. Wa Allahualam...sama-sama kita renungkan...

Sedetik Bersama Seabad Terasa

Syukuri Nikmat-Nya Walau Sesaat

Simfoni : Pemuda Harapan Islam

Pemuda Harapan Islam


Al-Quran banyak mengisahkan perjuangan para Nabi dan Rasul a.s yang kesemuanya adalah orang-orang terpilih daripada kalangan pemuda yang berusia sekitar empat puluhan. Bahkan ada di antara mereka yang telah diberi kemampuan untuk berdebat dan berdialog sebelum umurnya genap 18 tahun.

Berkata Ibnu Abbas r.a :

"Tak ada seorang nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia dipilih di kalangan pemuda sahaja (yakni 30-40 tahun). Begitu pula tidak seorang ‘Alim pun yang diberi ilmu, melainkan ia (hanya) dari kalangan pemuda". Kemudian Ibnu Abbas membaca firman Allah swt: "Mereka berkata: Kami dengan ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim"
(Al Anbiyaa:60, Tafsir Ibnu Katsir III/183).

Tentang Nabi Ibrahim, Al-Quran lebih jauh menceritakan bahawa beliau telah berdebat dengan kaumnya, menentang peribadatan mereka kepada patung-patung. Saat itu beliau belum dewasa. Sebagaimana firman-Nya:

"Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Ibrahim kepandaian sejak dahulu (sebelum mencapai remajanya) dan Kami lenal kemahirannya. Ketika dia berkata:’Sungguh kalian dan bapa-bapa kalian dalam kesesatan yang nyata’. Mereka menjawab:’ Apakah engkau membawa kebenaran kepada kami, ataukah engkau seorang yang bermain-main sahaja? Dia berkata: Tidak! Tuhan kamu adalah yang memiliki langit dan bumi yang diciptakan oleh-Nya; dan aku termasuk orang-orang yang dapat memberikan bukti atas yang demikian itu".
Al Anbiyaa:51-56]

Perlu ditekankan bahawa para Nabi a.s itu hanya diutus untuk mengubah keadaan, sehingga setiap Nabi yang diutus adalah orang-orang terpilih dan hanya daripada kalangan pemuda (syabab) sahaja. Bahkan kebanyakan daripada pengikut mereka daripada kalangan pemuda juga (meskipun begitu ada juga pengikut mereka itu terdiri daripada mereka yang sudah tua dan juga yang masih kanak-kanak. "Ashabul Kahfi", yang tergolong sebagai pengikut nabi Isa a.s adalah sekelompok adalah anak-anak muda yang usianya masih muda lagi yang mana mereka telah menolak untuk kembali keagama nenek moyang mereka yakni menyembah selain Allah. Disebabkan bilangan mereka yang sedikit (hanya tujuh orang), mereka telah bermuafakat untuk mengasingkan diri daripada masyarakat dan berlindung di dalam sebuah gua. Fakta ini diperkuatkan oleh Al-Quran di dalam surah (Al-Kahfi ayat 9-26), di antaranya:

"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat perlindungan (gua) lalu berdoa: ‘Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat depada kami dari sisi-Mu dan tolonglah kami dalam menempuh langkah yang tepat dalam urusan kami (ini) (10)…Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad saw) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka (Sang Pencipta) dan Kami beri mereka tambahan pimpinan (iman, taqwa, ketetapan hati dan sebagainya) (13).

bersambung...

Rasulullah berkata : Renungkan wahai insan

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "


Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.


Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"


Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"

walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup..